Siapa dalam takaful

Pencarum & Pengendali Takaful

Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak dalam urusan takaful iaitu pencarum iaitu kita yang menyertai skim ini, dan satu lagi pihak ialah syarikat pengendali takaful. Setiap pihak memainkan peranan mereka dan membentuk satu sistem perlindungan dinamakan takaful.

Pencarum adalah dari kalangan berikut sebagai contoh:-

  • Individu yang menyertai takaful untuk melindungi diri mereka apabila berlakunya sakit kritikal atau kecacatan.
  • Ibu/bapa yang melindungi hayat mereka dan menghadiahkan (hibah) perlindungan itu sebagai sumber kelangsungan hidup anak-anak yang ditinggalkan.
  • Ibu/bapa yang melindungi anak-anak mereka dari kejadian malang sambil menyimpan dana untuk pelajaran mereka kelak.
  • Anak yang melindungi hayat ibu/bapa mereka disamping menyimpan untuk urusan haji mereka.
  • Individu yang ingin membuat simpanan di samping mendapat perlindungan untuk hayat, kecacatan atau sakit kritikal.