Kenapa perlu takaful

Takaful melindungi pencarum atau waris untuk kes:

  • Kematian
  • Kecacatan kekal
  • Sakit kritikal
  • Kemalangan
  • Hilang punca pencarian
  • Dana pendidikan anak
  • Kos rawatan di wad

Kita tidak mahu meminta-minta jika diuji dengan kesakitan atau kecacatan, dan kita tidak rela meninggalkan anak-anak atau mereka yang masih hidup dalam keadaan daif dan sengsara.

Takaful sebagai perancangan

Sudah tentu kita mengharapkan agar dijauhkan dari bencana untuk diri dan keluarga, tetapi tatkala datangnya ujian besar, sekurang-kurangnya suatu perancangan telah dibuat melalui takaful.