Hukum warnakan rambut

Balik dari riadah petang Ahad lalu, saya bersama 2 rakan sempat singgah di food court tepi Kuantan Bypass berdekatan Bukit Rangin. Oleh kerana masing-masing memang lapar makanan yang dipesan pun agak berat. Sup tulang. Sup ekor.

Sementara menunggu makanan kami berborak santai. Salah satu perkara yang disentuh adalah berkenaan hukum mewarnakan rambut. Masing-masing dah tak berapa muda maka uban dah mula memutih di kepala.

Menurut rakan saya, dia pernah ditegur oleh salah seorang kawannya yang lain berkenaan mewarnakan rambut putih (uban) kepada hitam. Katanya merubah kejadian Allah. Mendengarkan ini, rakan saya yang rupanya mirip pelakon popular Rosyam Nor menyampuk bahawa perkara ini harus bergantung kepada niat.

Persoalan mewarnakan rambut ini tidak habis di food court ini sahaja. Saya nak tahu apa kata mereka yang arif. Saya buat carian Google dan ada beberapa rujukan yang boleh dibuat.

Ulasan dari Dato Dr. Maza (mufti Perlis):

– kena faham tujuan, seperti tujuan gunakan kayu sugi dan guna berus gigi masih sama untuk bersihkan gigi
– Nabi pernah suruh sahabat warnakan rambut selain hitam dengan tujuan supaya tidak terjadi penipuan
– tapi dalam konteks zaman sekarang, penipuan umur susah berlaku kerana ada IC dan sebagainya yang boleh dirujuk
– jadi mewarnakan rambut dari uban kepada hitam dalam konteks sekarang bukan lagi penipuan tetapi lebih kepada menjaga penampilan
– terutama untuk wanita bagi membahagiakan suami masing-masing (warna blonde juga boleh)
– tetapi Imam Ibn Hajar Al Asqalani melarang mewarnakan rambut jika dalam suatu komuniti ianya dipandang serong (seperti warna yang pelik)
– agama melarang shuhrah atau kelihatan pelik berbanding orang lain (contoh rambut warna biru)
– jika mewarnakan dengan warna yang tidak pelik (hitam) tidak mengapa
– apa saja pewarna terutamanya ada logo halal boleh digunakan

Ulasan dari Ustaz Azhar Idrus:

– tidak boleh warnakan rambut sebelum rambut beruban
– bila dah beruban, maka jadi sunnah untuk warnakan rambut kerana Nabi menginaikan rambut Baginda
– inai dan dye boleh digunakan dengan syarat tak menghalang rambut dari terkena air semasa wuduk/mandi

– dye atau pewarna yang menghalang air mengenai rambut tidak dibenarkan, seperti ada lapisan lain di luar rambut
– walaupun bukan inai, tapi tak menghalang air, maka dibolehkan
– tengok sebab kenapa nak dye
– jika dah beruban, sunat warnakan rambut (lelaki atau wanita)
– orang muda yang belum beruban, tapi nak tukar kepada warna merah, tidak boleh
– warna mesti warna sunnah
– wanita beruban disaran warnakan rambut untuk menambah kasih sayang suami

Jangan kecam kerana saya buat rujukan pada Google, samada saya rujuk Google atau kitab, tujuannya tetap sama untuk dapatkan pendapat dari mereka yang lebih tahu. Alhamdulillah kehebatan penyampaian maklumat pada hari ini membolehkan kita semua membuat carian ilmu dengan lebih mudah.

Semoga bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.

p/s: Food court kat Kuantan Bypass dekat Bukit Rangin ini memang boleh visit lagi di lain hari. Sup tulangnya menjadi 😉

Adakah anda memerlukan lebih penjelasan tentang perlindungan takaful?
Klik Wasap sekarang atau tinggalkan alamat email di sini untuk dihubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *