Jenis perlindungan dari i-Great Eastern Takaful

Mungkin ada yang tidak maklum perbezaan antara perlindungan hayat, kemalangan peribadi, kad rawatan dan investment-linked protection (ILP). Kebanyakan dari kita bila ditanya akan menjawab sudah ada insurans atau takaful, tapi sebenarnya tak berapa teliti jenis perlindungan yang sedang diambil. 123Takaful.com boleh bantu untuk kenalpasti atau review pelan perlindungan yang diambil, contact saja dengan menggunakan form atau link Whatsapp berikut.

Sebelum itu, berikut disenaraikan beberapa kategori perlindungan takaful. Ia boleh jadi dalam kategori sendiri, atau hasil gabungan beberapa kategori:-

1. Rawatan di hospital :- ia selalu dikenali sebagai medical card

2. Penyakit kritikal :- ia selalunya hadir sebagai rider kepada perlindungan asas atau boleh ditawarkan secara berasingan

3. Kemalangan :- ia selalu dikenali sebagai kemalangan peribadi atau Personal Accident (PA)

4. Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal :- ia selalu dikenali sebagai perlindungan hayat atau perlindungan asas yang sering disekalikan dengan perlindungan Total & Permanent Disability (TPD)

5. Simpanan / Pelaburan :- ia selalu dikenali sebagai Investment-linked Protection (ILP) yang mana sebagahagian caruman digunakan untuk perlindungan asas manakala sebgahagian lagi digunakan untuk melabur dalam unit amanah

Soalnya, apakah fokus anda?

Dalam keadaan dana untuk perlindungan bersaing dengan dana untuk anak sekolah, dana makanan keluarga, minyak kereta dan keperluan asas, di mana letaknya priority untuk perlindungan.

123Takaful.com boleh bantu untuk kenalpasti keperluan anda yang sebenarnya.

i-great Medimax – kad perubatan tanpa had sepanjang hayat

Amat penting untuk memilih kad perubatan (medical card) yang bersesuaian dengan keperluan kita. Secara asasnya setiap medical card ada banyak persamaan, tetapi sedikit perbezaan membawa nilai yang berlainan. Contohnya kad perubatan i-great Medimax yang ditawarkan tanpa sebarang had sepanjang tempoh perlindungan.

Berikut adalah maklumat am berkenaan i-great Medimax:-

1. Bilik hospital – pilihan kadar RM150, RM200 atau RM300
2. Intensive care unit – seperti dicaj
3. Peralatan hospital, bayaran pembedahan, bilik bedah, bius, lawatan doktor, diagnostik & konsultasi, rawatan selepas keluar wad (90 hari), pemindahan organ, bayaran ambulan, rawatan luar pesakit cancer & dialisis buah pinggang – semuanya seperti dicaj
4. Selain itu ia turut melindungi rawatan kecemasan eksiden bagi pesakit luar, faedah kematian akibat eksiden dan juga perkhidmatan bantuan kenderaan (auto assist)

Caruman yang diperlukan setiap bulan bergantung kepada umur, jantina dan jenis pekerjaan. Inginkan lebih maklumat? Hubungi 123Takaful seperti di bawah.

i-gr8 Harapan – sumbangan serendah RM15, manfaat hingga RM2 juta

Promosi terbaru! Kini anda boleh dapatkan ketenangan fikiran dengan perlindungan takaful dari pelan i-gr8 Harapan. Ia adalah pelan sumbangan yang memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun. Pelan ini boleh disertai seawal usia 30 hari.

Beberapa fakta menarik tentang i-gr8 Harapan:-

Umur min/max: 30 hari/70 tahun
Masa perlindungan: Kematian biasa (80 tahun), TPD & kematian eksiden (70 tahun)
Perlindungan (BSC) min/max: RM100k/RM500k

Tetapi terdapat beberapa manfaat lagi yang perlu diketahui:-

Kematian akibat eksiden di Malaysia: 200% x BSC
Kematian akibat eksiden di Malaysia (public transport): 300% x BSC
Kematian akibat eksiden di luar negara: 400% x BSC

Perlindungan yang diberikan meliputi kematian, kecacatan kekal dan kematian akibat eksiden. Hibah yang terhasil dari perlindungan ini sekurangnya boleh digunakan sebagai saraan keluarga yang ditinggalkan, bayar hutang atau disalurkan kepada badan amal sebagai harta yang berkekalan.

#HarapanBaru
#MasihAdaHarapan