Hukum warnakan rambut

Balik dari riadah petang Ahad lalu, saya bersama 2 rakan sempat singgah di food court tepi Kuantan Bypass berdekatan Bukit Rangin. Oleh kerana masing-masing memang lapar makanan yang dipesan pun agak berat. Sup tulang. Sup ekor.

Sementara menunggu makanan kami berborak santai. Salah satu perkara yang disentuh adalah berkenaan hukum mewarnakan rambut. Masing-masing dah tak berapa muda maka uban dah mula memutih di kepala.

Menurut rakan saya, dia pernah ditegur oleh salah seorang kawannya yang lain berkenaan mewarnakan rambut putih (uban) kepada hitam. Katanya merubah kejadian Allah. Mendengarkan ini, rakan saya yang rupanya mirip pelakon popular Rosyam Nor menyampuk bahawa perkara ini harus bergantung kepada niat.

Persoalan mewarnakan rambut ini tidak habis di food court ini sahaja. Saya nak tahu apa kata mereka yang arif. Saya buat carian Google dan ada beberapa rujukan yang boleh dibuat.

Ulasan dari Dato Dr. Maza (mufti Perlis):

– kena faham tujuan, seperti tujuan gunakan kayu sugi dan guna berus gigi masih sama untuk bersihkan gigi
– Nabi pernah suruh sahabat warnakan rambut selain hitam dengan tujuan supaya tidak terjadi penipuan
– tapi dalam konteks zaman sekarang, penipuan umur susah berlaku kerana ada IC dan sebagainya yang boleh dirujuk
– jadi mewarnakan rambut dari uban kepada hitam dalam konteks sekarang bukan lagi penipuan tetapi lebih kepada menjaga penampilan
– terutama untuk wanita bagi membahagiakan suami masing-masing (warna blonde juga boleh)
– tetapi Imam Ibn Hajar Al Asqalani melarang mewarnakan rambut jika dalam suatu komuniti ianya dipandang serong (seperti warna yang pelik)
– agama melarang shuhrah atau kelihatan pelik berbanding orang lain (contoh rambut warna biru)
– jika mewarnakan dengan warna yang tidak pelik (hitam) tidak mengapa
– apa saja pewarna terutamanya ada logo halal boleh digunakan

Ulasan dari Ustaz Azhar Idrus:

– tidak boleh warnakan rambut sebelum rambut beruban
– bila dah beruban, maka jadi sunnah untuk warnakan rambut kerana Nabi menginaikan rambut Baginda
– inai dan dye boleh digunakan dengan syarat tak menghalang rambut dari terkena air semasa wuduk/mandi

– dye atau pewarna yang menghalang air mengenai rambut tidak dibenarkan, seperti ada lapisan lain di luar rambut
– walaupun bukan inai, tapi tak menghalang air, maka dibolehkan
– tengok sebab kenapa nak dye
– jika dah beruban, sunat warnakan rambut (lelaki atau wanita)
– orang muda yang belum beruban, tapi nak tukar kepada warna merah, tidak boleh
– warna mesti warna sunnah
– wanita beruban disaran warnakan rambut untuk menambah kasih sayang suami

Jangan kecam kerana saya buat rujukan pada Google, samada saya rujuk Google atau kitab, tujuannya tetap sama untuk dapatkan pendapat dari mereka yang lebih tahu. Alhamdulillah kehebatan penyampaian maklumat pada hari ini membolehkan kita semua membuat carian ilmu dengan lebih mudah.

Semoga bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.

p/s: Food court kat Kuantan Bypass dekat Bukit Rangin ini memang boleh visit lagi di lain hari. Sup tulangnya menjadi 😉

Shariah – nak patuh atau tidak?

Bercakap tentang takaful dan insurans, ia sebenarnya berkisar kepada instrumen patuh shariah atau konvensional (tidak patuh).

Dalam sekecil-kecil hal seperti memilih perlindungan perjalanan umpamanya, kita tetap ada pilihan untuk memilih kepatuhan ini. Soalnya pada pemahaman dan pilihan individu.

Jom mulakan perubahan kecil ini. Pilihlah takaful.

#123takaful

Jenis perlindungan dari i-Great Eastern Takaful

Mungkin ada yang tidak maklum perbezaan antara perlindungan hayat, kemalangan peribadi, kad rawatan dan investment-linked protection (ILP). Kebanyakan dari kita bila ditanya akan menjawab sudah ada insurans atau takaful, tapi sebenarnya tak berapa teliti jenis perlindungan yang sedang diambil. 123Takaful.com boleh bantu untuk kenalpasti atau review pelan perlindungan yang diambil, contact saja dengan menggunakan form atau link Whatsapp berikut.

Sebelum itu, berikut disenaraikan beberapa kategori perlindungan takaful. Ia boleh jadi dalam kategori sendiri, atau hasil gabungan beberapa kategori:-

1. Rawatan di hospital :- ia selalu dikenali sebagai medical card

2. Penyakit kritikal :- ia selalunya hadir sebagai rider kepada perlindungan asas atau boleh ditawarkan secara berasingan

3. Kemalangan :- ia selalu dikenali sebagai kemalangan peribadi atau Personal Accident (PA)

4. Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal :- ia selalu dikenali sebagai perlindungan hayat atau perlindungan asas yang sering disekalikan dengan perlindungan Total & Permanent Disability (TPD)

5. Simpanan / Pelaburan :- ia selalu dikenali sebagai Investment-linked Protection (ILP) yang mana sebagahagian caruman digunakan untuk perlindungan asas manakala sebgahagian lagi digunakan untuk melabur dalam unit amanah

Soalnya, apakah fokus anda?

Dalam keadaan dana untuk perlindungan bersaing dengan dana untuk anak sekolah, dana makanan keluarga, minyak kereta dan keperluan asas, di mana letaknya priority untuk perlindungan.

123Takaful.com boleh bantu untuk kenalpasti keperluan anda yang sebenarnya.

i-great Medimax – kad perubatan tanpa had sepanjang hayat

Amat penting untuk memilih kad perubatan (medical card) yang bersesuaian dengan keperluan kita. Secara asasnya setiap medical card ada banyak persamaan, tetapi sedikit perbezaan membawa nilai yang berlainan. Contohnya kad perubatan i-great Medimax yang ditawarkan tanpa sebarang had sepanjang tempoh perlindungan.

Berikut adalah maklumat am berkenaan i-great Medimax:-

1. Bilik hospital – pilihan kadar RM150, RM200 atau RM300
2. Intensive care unit – seperti dicaj
3. Peralatan hospital, bayaran pembedahan, bilik bedah, bius, lawatan doktor, diagnostik & konsultasi, rawatan selepas keluar wad (90 hari), pemindahan organ, bayaran ambulan, rawatan luar pesakit cancer & dialisis buah pinggang – semuanya seperti dicaj
4. Selain itu ia turut melindungi rawatan kecemasan eksiden bagi pesakit luar, faedah kematian akibat eksiden dan juga perkhidmatan bantuan kenderaan (auto assist)

Caruman yang diperlukan setiap bulan bergantung kepada umur, jantina dan jenis pekerjaan. Inginkan lebih maklumat? Hubungi 123Takaful seperti di bawah.

i-gr8 Harapan – sumbangan serendah RM15, manfaat hingga RM2 juta

Promosi terbaru! Kini anda boleh dapatkan ketenangan fikiran dengan perlindungan takaful dari pelan i-gr8 Harapan. Ia adalah pelan sumbangan yang memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun. Pelan ini boleh disertai seawal usia 30 hari.

Beberapa fakta menarik tentang i-gr8 Harapan:-

Umur min/max: 30 hari/70 tahun
Masa perlindungan: Kematian biasa (80 tahun), TPD & kematian eksiden (70 tahun)
Perlindungan (BSC) min/max: RM100k/RM500k

Tetapi terdapat beberapa manfaat lagi yang perlu diketahui:-

Kematian akibat eksiden di Malaysia: 200% x BSC
Kematian akibat eksiden di Malaysia (public transport): 300% x BSC
Kematian akibat eksiden di luar negara: 400% x BSC

Perlindungan yang diberikan meliputi kematian, kecacatan kekal dan kematian akibat eksiden. Hibah yang terhasil dari perlindungan ini sekurangnya boleh digunakan sebagai saraan keluarga yang ditinggalkan, bayar hutang atau disalurkan kepada badan amal sebagai harta yang berkekalan.

#HarapanBaru
#MasihAdaHarapan

Takaful vs. insurans – mana pilihan anda?

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, takaful berasal dari perkataan Arab “al-kafalah” yang bererti saling menjamin. Dalam entry ini ingin saya menulis tentang beberapa perbezaan antara takaful dan insurans.

Akta
Akta Takaful 1984 vs. Akta Insurans 1963

Sumber Amalan
Takaful dari ajaran Islam vs. insurans dari sistem kapitalis

Pihak Terlibat
Peserta takaful vs. pembeli insurans

Transaksi Kewangan
Sumbangan vs. premium

Perjanjian
Akad vs. kontrak

Syarikat
Pengendali vs. penanggung

Pelaburan
Patuh shariah vs. konvensional

Keuntungan
Mudharabah vs. dividen

Selain itu, oleh kerana semua pelaburan dalam takaful adalah patuh shariah, maka setiap pengendali dimestikan mempunyai satu lembaga pengawasan shariah untuk memeastikan bahawa pelaburan yang dijalankan adalah suci dari unsur gharar, riba atau judi.