Bila patut sertai takaful

Secara dasarnya tidak ada waktu tertentu bagi memberi gambaran waktu paling sesuai menyertai takaful. Tetapi persediaan awal tentunya lebih baik bagi kebanyakan perkara.

Bayi

Takaful melindungi ahlinya seawal umur 30 hari. Jadi untuk bayi yang baru lahir, pelan takaful berasaskan pelaburan (ILP) bagi melindungi hayat dan sakit kritikal amat sesuai kerana di situ juga terdapat akaun pelaburan yang boleh dimanfaatkan untuk dana pembelajarannya kelak.

Kanak-kanak

Kanak-kanak samada kurang atau lebih dari 5 tahun memerlukan dana pendidikan di awal kemasukan ke universiti kelak. Jika tidak dirancang dengan baik maka perbelanjaan untuk memasuki universiti sudah tentu mendatangkan kesukaran.

Remaja

Remaja yang semakin meningkat dewasa adalah golongan yang terdedah dengan risiko disebabkan sifat ingin tahu mereka. Perlindungan awal kemalangan peribadi atau penyakit kritikal adalah suatu tanggungjawab yang perlu dilunaskan oleh para ibu bapa.

Belia

Sebaik menamatkan pengajian dan memulakan zaman pekerjaan, bermula saat seseorang individu berdikari dari tanggungan keluarganya. Memulakan perlindungan takaful pada waktu ini adalah perancangan ke arah perlindungan dan simpanan persaraan.

Dewasa

Saat telah memulakan rumahtangga maka terbentuk satu institusi keluarga yang baru yang memerlukan komitmen dan tanggungjawab. Sebagai peneraju keluarga adalah menjadi tugas ibu dan bapa untuk mengadakan perlindungan pendapatan, hayat dan rancangan dana pendidikan.

Warga emas

Kitaran hayat dari lahir sebagai bayi, menjadi kanak-kanak, alam remaja, dewasa lantas akhirnya golongan senior. Dalam menikmati waktu hebat persaraan mereka pastinya anak-anak mahukan yang tebaik untuk ibu dan bapa. Takaful turut menyediakan perlindungan untuk golongan warga emas.