Bagaimana takaful boleh bantu

Takaful merupakan pilihan terbaik anda apabila tibanya saat malang itu berlaku. Kehidupan adalah suatu perjalanan yang ada pasang surutnya jadi persediaan dari awal merupakan kunci utama.

Secara asasnya takaful memberikan perlindungan hayat dan juga kecacatan kekal. Bagi perlindungan hayat, takaful akan menyerahkan jumlah perlindungan yang dicarumkan bila berlakunya kematian. Waris si mati yang dinamakan sebagai penerima hibah akan menerima pembayaran ini. Bagi kejadian cacat kekal pencarum akan menerima jumlah perlindungan mengikut kadar kecacatan tertentu.

Dalam faedah tambahan, pencarum boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan dari 36 penyakit kritikal. Sebaik disahkan mengalami salah satu dari penyakit berkenaan pihak pengendali takaful akan menguruskan pembayaran kepada pencarum.

Beberapa faedah pilihan lain termasuklah perlindungan kemalangan peribadi, elaun bermalam di hospital, waiver untuk pencarum serta waiver untuk penerima manfaat.

Bagi takaful jenis ILP (investment-linked protection), terdapat satu manfaat lagi dinamakan manfaat matang. Manfaat ini berupa jumlah terkumpul dalam akaun pelaburan pencarum dan akan diserahkan sepenuhnya sebaik tempoh matang atau penamatan polisi.

Selain itu itu takaful turut menawarkan kad rawatan perubatan. Ia berperanan untuk menyelesaikan kos perubatan yang melibatkan kemasukan ke wad.