Apa itu takaful

Saling Menjamin

Takaful berasal dari perkataan Arab “al-kafala” atau saling menjamin. Apabila seseorang menyertai skim takaful, beliau sedang berperanan sebagai seorang pencarum dan saling membantu sekiranya berlaku sebarang kesulitan kepada pencarum lain. Begitu juga beliau sendiri akan dibantu oleh pencarum lain sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya. Caruman bulanan akan membentuk satu dana bersama dan dilaburkan kepada instrumen patuh syariah seterusnya para peserta akan menikmati untung atau rugi pelaburan mengikut kadar sumbangan masing-masing.

Takaful atau Insurans

Perkara saling membantu dan saling mejamin ini merupakan titik perbezaan utama antara takaful vs. insurans yang mana dalam skim insurans segala bentuk bayaran akan mengalir kepada pihak syarikat dan pihak syarikat yang akan membayar pampasan kepada pembeli insurans mengikut kontrak yang ditetapkan.