Home

“Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta.”
(Sahih al-Bukhari 2742)

123Takaful.com mengajak para pelawat laman ini mengambil cakna keperluan setiap dari kita untuk sekurang-kurangnya satu takaful untuk setiap individu. Takaful bukan lagi pilihan, tetapi sebagai satu keperluan.

Takaful untuk semua:

  • Mereka yang baru bekerja
  • Mereka yang baru berkahwin
  • Mereka yang dah berkahwin tetapi belum ada anak
  • Mereka yang dah berkahwin dan ada anak
  • Mereka yang dah berumur/veteran
  • Malah bayi yang baru lahir seawal 30 hari

Faedah takaful:

  • Perlindungan asas hayat. Ianya boleh dihibahkan kepada orang tersayang yang ditinggalkan. Hibah yang ditinggalkan sudah tentu sedikit sebanyak membantu penyelesaian hutang rumah atau harta benda lain, selain meringankan tanggungan yang ada.
  • Perlindungan bagi kecacatan kekal. Pernah terbayang jika dah tak mampu bekerja, mana akan datangnya punca pendapatan? Takaful menawarkan perlindungan punca pendapatan bagi tujuan ini.
  • Perlindungan bagi sakit kritikal. Kos rawatan penyakit kritikal semakin meningkat, perlindungan ini adalah persediaan sebelum terjadinya perkara tak terduga.
  • Perlindungan kemalangan peribadi. Ia meliputi kematian, kecederaan atau kos yang berkaitan.
  • Kad rawatan. Kos kemasukan ke wad ditanggung sepenuhnya.
  • Tabung pendidikan bagi anak-anak. Perlindungan hayat, kecacatan dan sakit kiritikal dengan tabung simpanan untuk pendidikan.

Apa itu takaful

Saling Menjamin

Takaful berasal dari perkataan Arab “al-kafala” atau saling menjamin. Apabila seseorang menyertai skim takaful, beliau sedang berperanan sebagai seorang pencarum dan saling membantu sekiranya berlaku sebarang kesulitan kepada pencarum lain. Begitu juga beliau sendiri akan dibantu oleh pencarum lain sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya. Caruman bulanan akan membentuk satu dana bersama dan dilaburkan kepada instrumen patuh syariah seterusnya para peserta akan menikmati untung atau rugi pelaburan mengikut kadar sumbangan masing-masing.

Takaful atau Insurans

Perkara saling membantu dan saling mejamin ini merupakan titik perbezaan utama antara takaful vs. insurans yang mana dalam skim insurans segala bentuk bayaran akan mengalir kepada pihak syarikat dan pihak syarikat yang akan membayar pampasan kepada pembeli insurans mengikut kontrak yang ditetapkan.

Kenapa perlu takaful

Takaful melindungi pencarum atau waris untuk kes:

  • Kematian
  • Kecacatan kekal
  • Sakit kritikal
  • Kemalangan
  • Hilang punca pencarian
  • Dana pendidikan anak
  • Kos rawatan di wad

Kita tidak mahu meminta-minta jika diuji dengan kesakitan atau kecacatan, dan kita tidak rela meninggalkan anak-anak atau mereka yang masih hidup dalam keadaan daif dan sengsara.

Takaful sebagai perancangan

Sudah tentu kita mengharapkan agar dijauhkan dari bencana untuk diri dan keluarga, tetapi tatkala datangnya ujian besar, sekurang-kurangnya suatu perancangan telah dibuat melalui takaful.

Blog

Hukum warnakan rambut

Balik dari riadah petang Ahad lalu, saya bersama 2 rakan sempat singgah di food court tepi Kuantan Bypass berdekatan Bukit Rangin. Oleh kerana masing-masing memang lapar makanan yang dipesan pun agak berat. Sup tulang. Sup ekor. Sementara menunggu makanan kami berborak santai. Salah satu perkara yang disentuh adalah berkenaan hukum mewarnakan rambut. Masing-masing dah tak …

Shariah – nak patuh atau tidak?

Bercakap tentang takaful dan insurans, ia sebenarnya berkisar kepada instrumen patuh shariah atau konvensional (tidak patuh). Dalam sekecil-kecil hal seperti memilih perlindungan perjalanan umpamanya, kita tetap ada pilihan untuk memilih kepatuhan ini. Soalnya pada pemahaman dan pilihan individu. Jom mulakan perubahan kecil ini. Pilihlah takaful. #123takaful

Contact

PERLUKAN LEBIH PENJELASAN?
123Takaful.com sedia bantu.

Whatsapp chat sekarang (klik ikon),

atau penuhkan borang di bawah dan klik butang ‘Hantar’.